Link geng kursus

•February 9, 2011 • Leave a Comment

Pasal pilih theme yang tak support Links kita guna post ajelah!

http://fuadyusof.wordpress.com  (Ini sifu kami)

http://ctzaleha.wordpress.com                                                  http://zakariamaidin.wordpress.com

http://gambaraku.wordpress.com                                           http://kukiaskampungku.wordpress.com

http://Junaiisnain.wordpress.com                                          http://shalizabasha.wordpress.com

http://salinasham.wordpress.com                                           http://pricessblosom.wordpress.com

http://sitraz.wordpress.com                                                         http://zueaman.wordpress.com

https://anarahim.wordpress.com                                               http://dhiairdina.wordpress.com

http://fakrarrozimohamadsaban.wordpress.com        http://arziela.wordpress.com

http://juna2939.wordpress.com                                               http://dzulhelmimohdrazali.wordpress.com

http://yus4prubsntakaful.wordpress.com


Advertisements

Protected: Taman

•February 9, 2011 • Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Terapi

•February 9, 2011 • Leave a Comment

Balik pada kursus Pembinaan dan penulisan blok di Pusat laithan, pergi kelas ugama di Masjid Sultan Ismail, ceramah di beri oleh Ust. Aminudin Ruskam.

Lepas kena ceramah, kejar pula ke Alpha One kat Taman Universiti, mengecas (guna mesin terapi), bagus tau dapat cuci salur darah kita, sebelum ni ada kita gi cuci salur darah, tak kan. Mana boleh cuci dengan berus ke dengan bulu ayam ke, salur darah ada dalam badan, dizaman canggih ni dah ada mesin tolong cuci darah kita, tapi kena rajinlah.

Sekarang ni kat Taman U bagi buat free, apa lagi gi lah ambil peluang, nak beli mesin mak oi! tak mampu, harganya RM 16, 500.00.  Tapi bagi orang yang sakit memang dia akan berusaha untuk membelinya.  Dalam bulan Jan. ni aje orang dah beli 15 buah.

Jom, pergi buat terapi free. Orang yang patut buat ialah orang yang tak suka dan tak sempat senaman, tempat tinggalnya tak berapa nyaman dan selagi dia mengalami stress. Dan selagi kita perlu makan, perlu bernafas dalam dunia yang makin tak bersih dan selagi kita mengalami stress eloklah gi terapi, kalau mampu beli mesin ni lagi bagus.

Dari ramai orang-orang yang saya jumpa masa gi terapi tu, ramai yang kata ada perubahan dalam kesihatannya.

 

Laprik Ikan Siakap

•February 8, 2011 • Leave a Comment

Bahan

  • 1 ekor ikan siakap/bawal hitam – dibersihkan 1 ekor ikan siakap/bawal hitam – dibersihkan
  • 1 labu bawang besar –
  • 3-4 ulas bawang putih –
  • 1/2 inci lengkuas
  • 6-7 biji cili api
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1-2 batang serai
  • sedikit air
  • sedikit minyak

Cara membuatnya

  1. Ikan yang telah dibersihkan hendaklah dilumur dengan tepung ubi/jagung dan goreng hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah, bawang putih,lengkuas, cili api dan serai yang dicincang halus. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air. Masak hingga mendidih. Tak payah masuk garam dah cukup rasa sebab ada sos.
  3. Setelah itu tuangkan kuah yang telah masak ke atas ikan goreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Resepi ni di bagi oleh Hadi staf PSZ, masa tu dia jadi tukang masak di restoran kat Taman U. Senang mudah dan ringkas.

Cubalah…..

Kelas agama

•February 8, 2011 • Leave a Comment

Assalamualaikum,

Semalam 7 Feb 2011, ada kelas agama yang di beri  ceramah oleh Ustaz Mahyudin dari Masjid Sultan Ismail, ini adalah kelas yang ketiga untuk semester ni, sekali ni dia guna buku Riadhus Salihin.

Kelas ni dibuat tiap-tiap hari Isnin pukul 5.00 – 6.00 petang di Dewan Al Ghazali, Masjid Sultan Ismail UTM, banyak ilmu yang kita dapat, ustaz ni mengajar santai dan mesra, kita boleh tanya dan berbual dengan dia, buat masa ni yang meramaikan kelas ni adalah pelajar UTM, staf adalah dua tiga kerat. Tapi tak apa, biasalah bukan mudah orang nak melapangkan waktu untuk cari ilmu akhirat, tapi ustaz ni memang boleh tabiklah kat dia, ada orang ke tak ramai pun dia bagi ceramah dengan penuh semangat.

Semalam memang best kelas ni, ramai yang datang, sampai kena buka 3 aircon, selalu 1 aje, dekat 50 orang hampir penuhlah dalam dewan tu. Minggu depan insyaallah akan disambung lagi topik yang dibincangkan. Jom ramai ramai gi!

30 tahun nan lalu

•February 8, 2011 • 1 Comment

Pada 12 Mac 1980 mula mendaftar di Pejabat Pendaftar UTM Jalan Gurney. Ditempatkan di Makmal Kimia, Jabatan Kimia, Fakulti Sains sebagai Pembantu Makmal Rendah (masa tu guna SRP, tak nak menggangur lama).

PSZ KL

Masa tu student tengah cuti semester, jadi tak ada kerja sangat nak buat. Aku di tempatkan di bilik Pembantu Makmal Kanan, En Yusof Tasman,  tolong buat kerja dia, dia kata tak boleh letak di makmal lagi sebab banyak kumbang. Maklumlah masa tu tengah muda terang tang tang baru 19 tahun, keluar aje ke makmal ramailah yang datang keliling, kat makmal tu ramai budak lelaki yang masih bujang.

14 April 1982 dapat tawaran sebagai Pegawai Kerani dah guna sijil SPM lah tu. Ditempatkan di Perpustakaan, masa tu tak ada Pembantu Perpustakaan, semua Kerani dan Penyemak aje.

1985 semua Kerani dah tak nak pakai lagi, siapa nak terus bergelar Kerani kena pindah ke pejabat lain, orang yang setia dengan perpustakaan di serapkan sebagai Pembantu Perpustakaan, orang yang nak kekal tu macam Kak Zainah, Kak Midah, Kak Kasminah, Kak Maziah, Rosli, Sharim (semua dah pencen), Kak Norma, Kak Wan, Aliah, allahyarhamah Najibah dan Asri (Atok).

Banyak perubahan berlaku dalam Perpustakaan, nama dah jadi Perpustakaan Sultanah Zanariah, dulu staf katalog puas tawaf laci-laci untuk isi kat katalog, sekarang semua kat hujung jari.

Kalau tak salah tahun 1984-85 ada sebiji komputer, siapa pun tak berani nak sentuh, kalau sentuh silap-silap kena tegur, jadilah dia hiasan kat depan meja Cik Lim (Pn Halimah Zainal Abidin). Takut rosaklah, takut meletuplah, masa tu tak ramai yang tahu nak operate, tulah jadi nya.

Sekarang ni siap sorang satu, kalau tak ada letrik semua macam mati kutu tak tahu nak buat apa, sedangkan dulu semua pakai manual aje.

Canggih sungguh sekarang ni, ada CD lah ada DVDlah entah apa-apa lagi masa akan datang banyak betul perubahan berlaku.

Dulu kita ada satu aje library, sekarang ni setiap fakulti dah ditempatkan staf PSZ, termasuk saya, sekarang ni di tempatkan di FKM, mula-mula tu rasa macam terbuang aje, suspen aje kena kerja dengan orang lelaki yang kita tak pernah kenal, tapi alhamdulillah Dekan FKM masa tu Dr. Azhar agak melayan kehendak saya, apa yang diminta semua dapat (semua tu untuk kebaikan fakulti dia juga).

Perpustakaan FKM dah jadi macam mini PSZ, dah ramai student yang datang merujuk. Rasa puas juga dapat bagi perkhidmatan pada student FKM. Nak bagi perkhidmatan lebih-lebih tak berapa boleh sangat dengan keluasan yang terhad dan fasiliti yang kurang.